Penantian selama 2 tahun akhirnya membuahkan hasil; unit kondominium idaman anda telah siap sepenuhnya! Anda kini mengira hari untuk panggilan mengambil kunci. Pasangan hari-hari check Insta untuk inspirasi dekor ala minimalis, dengan warna pastel menjadi latar suasana. Anak-anak pun naik sama; masing-masing sudah mula masukkan mainan ke dalam kotak (padahal kena tunggu dulu renovasi dan sebagainya).
Dapat sahaja kunci di Pejabat Urusan, anda bersama pasangan pun terus terjah unit kondo idaman. Terbayang-bayang keluasan unit dan pemandangan yang menerpa jauh merentas ufuk.
Si pasangan sudah bersedia dengan Insta Story; anda masukkan kunci dan buka. Benar, setiap inci bayangan memang seperti yang anda lihat 2 tahun lepas. Anda senyum meleret sampai ke telinga. Rumah idaman untuk keluarga; selesai satu tanggungjawab! Alhamdulillah…
Setelah melihat setiap sudut unit kondo anda, anda perasan bahawa ada beberapa kecacatan dan kerosakan. Pada dinding, ada sedikit ketidakkemasan. Kaca balkoni sumbing, bahaya untuk anak-anak nanti, anda fikir. Simen pada paip air, tampak tidak begitu kemas. Jadi, apayang anda perlu buat? Anda uruskan sendiri waktu renovation nanti, atau pihak kondo uruskan dahulu sebelum itu?